Pada 8 Dis 2015 pada hari yang cukup indah, saya meninggalkan halaman rumah ditemani oleh mak saya (Rozanna Purwanti) dan adik-beradik saya (Syukur, Sakinah dan Shaheed). Ayah (Ahmad Sanusi) tidak dapat pergi kerana mempunyai urusan kerja. Namun begitu, kami sekeluarga sempat meluang masa makan malam bersama sehari sebelum hari pemergian.
Setelah pack segala barang masuk dalam kereta, Shaheed merupakan adik ke-2, terus membawa kami ke KLIA2. Setelah tiba pada pukul 10.30am kami menikmati sarapan pagi bersama keluarga di McD kerana semuanya dalam kelaparan. Kawan saya Syima yang berada dari Puchong turut bersama saya semasa di KLIA2 untuk bersama saya buat kali terakhir tahun ni. Setelah makan, saya berjumpa dgn kenalan2 yang lain yang bakal menaiki penerbangan bersama (Adha, Azlan, Azizan, Saiful, Clyn, Yana). Agen yang mengendali peluang pekerjaan di Australia (Abg Ram) hadir untuk short briefting mengenai perjalanan di sana nanti. Keluarga menemani saya sepanjang saya berada di sini, sehingga di tempat drop luggage dan itulah kali terakhir saya bersama mereka dan begitu juga kawan baik saya Syima di pintu pemeriksaan Kastam.
Saya memilih untuk menaiki AirAsia kerana murah, mudah berurusan secara online dan boleh mengubah jadual penerbangan return pada bila-bila masa (sebanyak 2 kali sahaja) dengan menggunakan Air Asia Flexi. Kos penerbangan pergi balik adalah sebanyak RM2500++ tidak termasuk ETA Visa. Saya apply visa melalui online dengan pembayaran hanya RM20.
Penerbangan mengambil masa 8 Jam dan penuh membosankan. Sukar untuk melelapkan mata mahupun tidur seketika sepanjang perjalanan. Mereka menyediakan makanan dan minuman, namun saya bertahan untuk tidak membeli apa-apa menu mahupun Air Botol Spritzer kecil yg berharga RM4 semata-mata untuk berjimat kerana saya sudah tahu boleh mendapatkan bekalan air percuma (dari Water Fountain) semasa di Airport nanti.
Setelah tiba di Terminal Airport Melbourne pada 1.20am 9 Dis 2015, kami bergerak secara berasingan (7 orang dibahagi kepada 3 kumpulan) untuk memastikan kami melepasi pemeriksaan Imigresen Australia yang ketat dimana saya berlakon sebagai pasangan bersama Clyn. Difahamkan, immigresen pada waktu malam kurang melakukan pemeriksaan, jadi adalah terbaik untuk memilih penerbangan yang mendarat di Australia pada waktu malam. Namun, kumpulan yang mempunyai 3 lelaki dibawa masuk ke bilik pemeriksaan kerana Imigresen mensyaki sesuatu. Ketiga-tiga kawan tersebut perlu berdiri dan pegawai unit K-9(Anjing) melakukan pemeriksaan badan dan beg yang dibawa. Alhamdulillah, setelah beberapa minit kemudian, mereka dilepaskan kerana tiada bukti yang dapat dijumpai dan kami berkumpul di kawasan menunggu berdekatan pintu keluar Airport.
Kami terus mengambil Taxi Van dari Airport terus ke Hotel bertempat di Elizabeth Street (berdekatan dengan Stesen Southern Cross) yang kami sudah membuat tempahan awal melalui aplikasi Trivago dan perjalanan mengambil masa 20min. Perkhidmatan Skybus juga disediakan dari Airport ke Southern Cross dengan bayaran sebanyak 18$ seorang. Jika bergerak secara beramai-ramai, perkhidmatan teksi adalah lebih murah berbanding Skybus. Setelah tiba, kami terus check-in dan merehatkan diri seketika. Kami singgah di 7Eleven berdekatan untuk membeli telco. Starter pack adalah sebanyak 2AU$ dan reload minimum 5AU$.
Kesemuanya tidak sempat pun untuk tidur kerana pukul 6.00am kami terus begerak ke Soutern Cross Station menggunakan Tram secara percuma (Free Zone Tram) untuk meneruskan perjalanan ke Mildura. Di sini pukul 6.00am sudah kelihatan cerah dan pejalan-pejalan kaki mula berjalan ke destinasi masing-masing menggunakan Tram.
Setelah tram tiba di perhentian Southern Cross, kami merentasi jalan raya yang sudahpun dipenuhi dengan pejalan kaki, penunggang basikal, motor dan kereta. Bandar Melbourne ni sangat friendly dengan penunggang basikal, malah ada bike docking station di tempat tertentu, dan laluan khas untuk penunggang basikal sahaja.
Rugi tak bawa basikal Hummer saya bersama.huhu
Stesen Southern Cross ini sangat cantik dan serba moden dan penunggang basikal dibenarkan meletakkan basikal di coach khas. Tempat sembahyang untuk golongan Muslim juga disediakan.
Perjalanan kami ke Mildura mengambil masa 7jam. Kami perlu menaiki train dari Southern Cross ke Swanhill dan bertukar menaiki bas ke Mildura. Jumlah kos perjalanan adah 49.80$. Sepanjang perjalanan, kami semua mengambil kesempatan untuk tidur dan meluang masa untuk berborak kerana perjalanan sangat jauh sambil menikmati pemandangan di luar sungguh indah dipenuhi dengan pelbagai ladang dan ternakan.
Setelah tiba di Stesen Mildura dalam lebih kurang pukul 2.30ptg 10Dis 2015, kami sangat kelaparan lalu singgah makan kebab halal berdekatan 8th Street sebelum bergerak ke rumah persingahan kami yang terletak di 12th Street. Semasa makan di Kebab House tersebut didatangi pasangan suami isteri (Kak Fiza & En Rosli),juga dari Malaysia telah berada di Australia selama 4 bulan untuk menjaga dan membimbing kami yang baru ini. Masing-masing memperkenalkan diri dan berborak sambil menghabiskan makanan kami. Setelah kesemua kekenyangan,kami dibawa oleh seorang dari Afghanistan bernama Abbas),juga merupakan tuan rumah yang bakal kami duduki. Ketika menaiki kenderaan, harus memakai seat belt setiap masa, kerana Polis di Australia sangat menitik berat tentang perkara ini. Jika didapati sama ada penumpang atau pemandu tidak pakai, denda 300$ akan dikenakan.
Perjalanan dari (Kebab House) 8th Street ke rumah kami (12th Street) mengambil masa hanya 8minit menaiki van milik Abbas. Setelah sampai, kami meletakkan barang masing-masing kedalam bilik yang disediakan dan terus membayar 100$ seorang kepada tuan rumah. Rumah tersebut sangat selesa dilengkapi WIFI, mesin basuh baju, tempat masak, peti ais, sofa, LED TV,microwave, toaser dan sebagainya. Bilik air siap ada jakuzi, boleh rendam lama-lama dalam tu. Di sini, harus diingatkan bahawa perlu jaga tingkah laku dan tidak membuat sebarang bunyi bising kerana jiran akan melaporkannya kepada pihak Polis.
Setelah meletak kesemua barang di rumah, kami bergegas ke bandar Mildura dengan berjalan kaki untuk membeli segala barang keperluan, kelengkapan dan sebagainya. Disini, terdapat pelbagai pilihan untuk dibeli dan harga sangat berpatutan. Woolworth dan Coles selalunya menawarkan harga yang berpatutan. Tidak terkecuali, terdapat juga kedai menjual barangan dari Asia Tenggara, malah terdapat restoran Malaysia di sini(tidal halal) Terdapat juga restoran francais popular KFC dan McD (halal). Kami berlegar di Coles Woolworth dan kedai-kedai lain untuk membeli barangan keperluan sambil teruja melihat kawasan sekeliling yang ada disini.
Setelah tiba di rumah, kami mula mengemas barang kami dibilik masing-masing dan masak untuk makan malam bersama. Kebiasaannya, menu kami sangat ringkas: nasi,telur dadar dan kicap, namun ia sudap mencukupi untuk kami. Di sini, kami tidak perlu makan terlalu mewah, cukup sekadar menu tersebut.
Setelah kami makan bersama, kami mula merehatkan diri kerana keesokkan harinya kami sudah mula bekerja memetik kacang buncis. Pembayaran gaji dibayar pada setiap hari Jumaat (Cut-Off Selasa) Seawal 5.30am kami sudah bergerak ke ladang menaiki van dibawa oleh kontraktor bernama Ramadhan. Di awal pagi amatlah sejuk dar bergetar-getar kami memulakan kerja memetik. Walaupun matahari mula memacak di atas kepala kami, kami lansung tidak berpeluh kerana angin yang bererusan sehingga kami habis bekerja pada pukul 2ptg. Kami terpaksa balik awal kerana cuaca sekarang sangat panas dan tidak sesuai untuk dipetik kerana ia boleh merosakkan kacang tersebut.
Setelah habis bekerja, saya terus mandi dan kami mengambil kesempatan ini untuk berjalan-jalan di sekitar Mildura. Terdapat tempat beriadah di Murray River yang memisahkan New South Wales dan Victoria. Tempat tersebut sangat cantik untuk beriadah. Di kawasan tertentu, tidak dibenarkan mandi. Penduduk dibenarkan berkayak, namun perkhidmatan sewa kayak tidak disediakan.
Selama seminggu kami bekerja, kami harus balik awal kerana faktor cuaca. Ada juga 1 hari kami tidak dapat bekerja kerana tiada tempat untuk dipetik/belum sesuai untuk dipetik. Lutut terasa sakit kerana perlu melutut dan mencakung untuk memetik kacang dan ditempatkan di dalam bucket ( Macam Bucket Cat Rumah). Menjelang hari jumaat, kami balik awal kerja kerana ingin sembahyang Jumaat yang terletak di 10th Street. Pada petang hari kontraktor datang ke rumah kami untuk memberikan gaji. Namun ada perkara yang kami tidak berpuas hati kerana dijanjikan pembayaran 100$ adalah termasuk kos pengangkutan dan mendapatkan kerja lain yang dibayar lagi tinggi.
Pada 18 Disember 2015, semasa kami mendapat sampul surat berisi duit serta catitan di sampul tersebut didapati kami ditolak 5$ kos pengangkutan setiap hari dan jumlah yang kami dapat selama 8hari di Mildura hanyalah lingkunan 114$-140$. Kami merungut perkara ini dengan Ramadhan tetapi, dia berkata perlu bincang dengan tuan rumah. Kami semua terasa tertipu terhadap perkara ini, setelah Ramadhan keluar, kami mengadakan perbincangan untuk berpindah ke tempat lain dan menghubungi Nancy yang berada di Cobram. Menerusi perbualan dengan Nancy, kata terdapat kerja tanpa henti menanti kami dan pendapatan yang lumayan.
Tanpa berlengah, kami bergegas keluar ke Stesen Mldura untuk membeli tiket pada 8.30 malam. Kami membeli tiket 9.40 malam pada hari yang sama dan bergegas balik rumah untuk mengemas barang-barang kami untuk beredar. Hanya 5 lelaki termasuk saya bertindak untuk berpindah dan lagi 2 perempuan memilih untuk kekal di rumah tersebut. Kami menggunakan shopping trolley untuk membawa luggage bag dan backpack ke stesen. Setelah 5min perjalanan dari rumah, Saiful menyedari dia tertinggal rokok di rumah lalu dia mengambil keputusan untuk patah balik untuk mengambilnya.
Tetapi setelah Saiful menyedari ada tuan tumah di sana, lantas dia berpatah kembali dengan lekas untuk memberitahu tentang perkara tersebut kepada kami. Kami menggunakan jalan kawasan perumahan dan laluan belakang kedai dengan berharap kami tidak bertembung dengan tuan rumah. Kami berasa lega bila sudah sampai di stesen, lalu terus bergegas meletakkan barang kami dan menaiki bas. Kami sentiasa memantau di luar tingkap dengan harapan dia tidak datang cari kita hingga ke stesen bas. Tetapi, kami mendapati sebuah van putih membawa laju masuk ke stesen. Pada saat itu, semua berdebar-debar apakah yang bakal berlaku.
Kak Fiza yang bersama Abbas keluar dari van dan mencari kami di sekitar kawasan stesen. Kak Fiza melulu masuk kedalam bas dengan muka penuh kemarahan menjumpai kami lalu meminta duit sewa rumah dengan memberitahu abbas akan membuat laporan polis jika tidak bayar sewa tersebut. Nasib baik Kak Fiza tidak meninggikan suara hingga boleh menimbulkan kekecohan. Tanpa berpikir panjang dan tak nak menimbulkan kekecohan, kami membayar 100$ sewa rumah untuk minggu kedua lalu Kak Fiza beredar keluar.
Di sini, setiap kali ingin berpindah dari satu kawasan tertentu perlu berpatah kembali ke Melbourne(Southern Cross). Perjalanan dari Mildura ke Cobram amat la jauh kerana tiada perkhidmatan terus kesana. Setelah tiba di Southern Cross, Adha sudah berhasrat untuk pulang ke Malaysia bermalam di Hotel berdekatan untuk dia meneruskan perjalanan ke Airport pada keesokkan harinya. Perjuangan dia di Australia hanyalah bertahan 2 minggu.Maka tinggalah kami berempat (Saya, Azlan,Saiful, Azizan) untuk meneruskan perjuangan di bumi Australia ni.
19 Disember 2015, setelah hampir tiba di Stesen Bas Cobram, kami terus menghubungi Nancy untuk mengambil kami di stesen. Di Cobram ini, pekannya kecil sahaja dan tiada tempat yang menarik, hanya penuh dengan kawasan ladang. Kami mengambil kesempatan untuk membeli belah di kedai berdekatan, lalu terus bergerak ke rumah tersebut. Rumah yang kami duduki dikelilingi ladang ternakan dan terdapat sungai Murray di belakang rumah sahaja dan berjauhan dari jalan jalan utama. Terdapat beberapa Kabin yang diletakkan sekeliling rumah untuk penyewa pemetik buah duduki.Dalam kabin disediakan 2 katil doublebdecker, cukup untuk kami berempat mendiami cabin tersebut dan lantas kami terus membayar 90$ kepada penyewa.
Setelah selesai mengemas barang apa yg patut, saya sempat meluangkan masa mengambil angin di sungai murray dan mula belajar berkayak untuk kali pertama. Terdapat 3 kayak milik pemilik rumah boleh digunakan oleh sesiapa yang menyewa cabin di sini secara percuma. Belajar berkayak amatlah mudah dan tidak perlukan jaket keselamatan. Saya begitu beruntung kerana saya dapat berselfie dengan kangaroo yang sedang meragut rumput di persisiran sungai, kebetulan saya membawa selfie stick bersama saya.
Namun, bukannya semua indah dari khabar. Kami ditipu lagi, kononnya kerja sentiasa ada untuk semua orang hanyalah cerita rekaan. Pada hari ke-2, kontraktor hanya membenarkan 2 orang daripada kami berempat sahaja untuk ke tempat kerja, manakala pada hari ke-3, hanya 3 orang. Sepatutnya kesemua empat kami berhak bekerja pada setiap hari selain terdapat hujan. Dari hasil selidik, didapati kontraktor cina dari Malaysia ini pilih kasih dan hanya memberikan kerja senang dan lumayan kepada kaum dia (Cina) sahaja, manakala kerja yang tidak berbaloi diberikan kepada kaum Melayu, dan itupun mengikut kemahuan kontraktor tersebut membenarkan berapa orang yang boleh bekerja. Saya sempat diberikan kerja pada hari ke-3 dengan memetik buah nectarine, ia sangat mudah jika dibandingkan memetik kacang buncis sebelum ini. Kerja ini hanya memerlukan kepantasan memetik dan masuk dalam bag 'kangaroo' dan tangga disediakan untuk memetik kawasan yang sukar untuk dicapai.
Kami mengadakan perbincangan secara berasingan mengenai isu perkauman dan kerja yang tidak menentu dan kami mengambil keputusan untuk berpindah ke tempat lain. Hari ke-4 menjelang pukul 5pagi pada 23 Disember 2015, kesemua melayu sudah bersiap, kami bergegas menyimpan bag di dalam kereta. Terdapat 9 orang melayu termasuk kami berempat dan juga Nancy dan Robert (Pasangan suami isteri dari Sarawak) menaiki 2 kereta ke Stesen Cobram. Kumpulan melayu yang lain merancang untuk bercuti di Melbourne terlebih dahulu dan memilh haluan masing-masing. Manakala kami meneruskan perjalanan kami ke Rushworth. Nancy memilih Rushworth dan mengajak kami bergerak kesana bersama kerana dia pernah bekerja sebelum ini memetik buah tomato dan kontraktornya baik dan tiada isu pembayaran gaji atau kerja. Pada saat ini kami tidak mempunyai banyak pilihan kerana di antara kami tidak mempunyai wang untuk menempuh lagi sebarang risiko yang bakal berlaku. Pada mulanya kami sudah hilang kepercayaan terjadap Nancy yang menjanji kerja kepada kami semenjak berada di Cobram ini. Namun, kami mengambil keputusan untuk mengikuti dia ke Rushworh. Kami berempat hampir berputus asa, tetapi kami menguatkan semangat untuk mencuba buat kali terakhir sebelum kami kehabisan semua duit kami.
Ia satu perjalanan yang sangat memenatkan, harus menaiki bas ke Shepparton dan seterusnya kereta api ke Southern Cross. Walaupun Cobram dan Rushworth boleh dikatakan dekat, namun perjalanan harus melalui Southern Cross terlebih dahulu. Kami tidak makan berat sepanjang perjalanan kerana ingin berjimat. Hanya air kosong dan buku roti sudah memadai.
Pada pukul 6.00pm 23 Disember, kami (Saya, Azlan, Azizan, Saiful bersama Nancy dan Robert) telah sampai di stesen bas Rushworth. Kami dijemput oleh Kontraktor Mr Pow menaiki sebuah MPV. Kami tidak sempat untuk membeli sebarang makanan keperluan kerana kedai tutup pukul 6.00pm. Pekan di sini sangat kecil dan tidak mempunyai banyak pilihan. Kami terus ke tempat kediaman kami yang terletak di Caravan Park tidak jauh dari stesen bas, perjalanan kereta hanya 2min. ~WELCOME TO PARADISE
Terdapat banyak jenis caravan yang berada disini dan kesemuanya model lama barangkali tidak lagi boleh berpindah ke tempat lain. Terdapat juga caravan yang bercantum dengan sebuah ruang untuk membolehkan lebih ramai penyewa untuk duduk dalam satu rumah. Model rumah seperti dibawah boleh diduduki 3 orang
Manakala caravan seperti dibawah boleh diduduki oleh 2 orang. Saya menyewa di caravan (seperti dibawah ini), manakala 3 rakan yang lain menyewa di caravan+ruang tambahan. Bayaran mingguan hanya sebanyak 60$ termasuk bil air dan elektrik. Murah, tetapi tidak mempunyai kelengapan seperti terdapat di Mildura. Perkara mustahak bagi saya tiada Wifi, jadi saya banyak menggunakan data untuk menghiburkan hati selepas waktu kerja. Jika ingin menggunakan mesin basuh baju, harus bayar 4$ setiap kali ingin mencuci. Saat inilah kali pertama saya mendiami caravan dalam hidup saya.
Pada 24 Disember 2015, iaitu sehari selepas kami sampai disini, kami terus turun bekerja memetik buah tomato. Ladang tersebut amatlah luas dan terdapat terlalu ramai pekerja tetap dan outsource yang memetik buah. Majoriti pekerja outsource adalah dari asia tenggara. Menjelang 25 dan 26 Disember kami bercuti (Hari Natal). Sepanjang 2 hari ini sangatlah membosankan kami kerana tiada tempat kami boleh pergi. Sepanjang berada disini, baru kami berasa berbaloi dan mampu mengumpul duit bergantung kepada hasil kutipan bucket/bin masing-masing. Semakin laju, maka semakin banyaklah duit boleh dikumpul.
Gambar??
Di Rushworth lah kali pertama kami mengirim wang ke Malaysia (Menerusi Akaun Maybank saya). Kami berpakat untuk mendeposit ke akaun Maybank saya sahaja melalui Western Union yang berada di Post Office kerana ingin berjimat. Kos transaksi deposit adalah 10$ (tidak kira berapa jumlah wang yang ingin dikirim). Jika dikatakan 4 orang berkongsi deposit ke satu akaun, maka kos transaksi bagi setiap orang hanya 2.50$. Selepas duit sudah masuk ke akaun saya, baru saya mula memindahkan wang ke akaun yang dikehendaki menerusi Maybank2u.
Mr Pow (Cina Malaysia) yang sudah menetap di Australia selama 5 tahun merupakan orang kuat Mr Jo juga menginap di Caravan Park. Bos kami Mr Jo (Orang Kemboja) sudah menetawp di Australia selama 12 tahun sangat baik, malah pernah memberi pinjaman duit kepada kami masa hari pertama kami bekerja untuk membeli barang dapur kerana kami tidak mempunyai duit dalam tangan.
12jan ke dari rushworh plan ke mildura, sampai melbourne 11.40am..next train 6.20pm...sempat ronda melbourne 6jam jalan2...feb square, lussier street, q vic market, birrarungarr, immigresen museum, bnyk lg tmpt...sampai,tido sofa...
15jan beli tiket,bagi balik 50$ kat abbas, suh beri kepada ramadhan
16jan seharian meneruskan perjalnan ke rushworth
17jan terus kerja...pikir2 job tomato gak masyuk wat duit...sempt a gak minggu ke 2 wat bayar mara and ptptn
Balik rushworth tuk sambung wat job tomato, beberapa minggu kemudian decide nak pergi ke Queensland menaiki Jetstar
DIMBULAH, QUEENSLAND
Seronok,kerja sentiasa ada setiap minggu

First time camping di Australia 3 June 2016
Firstb time tengok Wallaby dari jarak dekat 15 June 2016